Iban tri-language dictionary

The idea for the cover design comes from our Iban pua kumbu. The red, yellow, black and white colors are of our State flag as well as regular colors for Iban weaving.

This tri-language dictionary is a must for those who wish to visit the interior of Sarawak where people speaks mostly Iban and Malay.

Thank you to Jaya Ramba, the editor for giving me a free copy. It is sold at RM25 per unit at bookstores in major towns in Sarawak. Get yours today!

Issuance of individual land title for longhouses

I know many of us were not invited to the New Development Concept for Longhouses seminar held recently and the next one is scheduled to be in Sibu on 19th-20th April.

We have made effort to reproduce the third paper of the seminar. You may download the Kertas Kerja 3 – Status Tanah, Urusniaga, Pengukuran dan Pengeluaran Surat Hakmilik Tanah, which has been getting interesting debate among my readers.

We still maintain our stand that the design for the new longhouse needs to be review inline with our tradition, customs and practices. We advise the designer to refer to the Majlis Adat Istiadat Sarawak for a better understanding of the Iban customs.

Isu kubur kaum Dayak di Miri selesai tidak lama lagi

2009-08-15-DAM

Isu kelewatan pembukaan tanah perkuburan Dayak di Sungai Dalam, Lambir dianggap selesai selepas Persatuan Dayak Miri (DAM) selaku pihak yang diberi kepercayaan menguruskan tanah itu bersetuju bekerjasama dengan komuniti Iban dalam mencari dana.

2009-08-15-ALEXANDERPresiden DAM, Alexander Karin Isut (gambar) memberitahu, perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat dengan wakil Pejabat Residen, Pejabat Daerah Miri, ketua rumah panjang serta ketua masyarakat Iban di Rumah Dayak petang tadi.

“Kita sudah berbincang mengenai perkara ini secara meja bulat, dan saya percaya ia tidak menjadi isu lagi.”

“Apa yang penting sekarang, semua pihak sudah mencapai kata sepakat untuk sama-sama mencari dana memandangkan masalah kewangan merupakan penyebab utama kelewatan kubur itu dibuka,” katanya ketika dihubungi petang tadi.

Alexander sebelum ini berkata, ia mengambil masa kerana DAM perlu bekerjasama dengan Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA) dan Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU).

Baru-baru ini, seramai 12 ketua rumah panjang di Miri menggesa Persatuan Dayak Miri (DAM) menjelaskan situasi sebenar berhubung kelewatan pembukaan tanah perkuburan itu di Lambir yang diluluskan kerajaan tahun lepas.

Kelewatan itu menyebabkan masyarakat Iban di sini mendakwa mereka terpaksa mengemis tanah perkuburan di kawasan luar setiap kali berlaku kematian.

Ini kerana, perkuburan di Jalan Riam dan Batu 8 Jalan Miri Bintulu tidak mencukupi dan semakin sesak.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, setakat ini mereka sudah mengumpul RM10,000 iaitu termasuk RM5,000 disumbangkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, RM4,000 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pujut Andy Chia manakala RM1,000 hasil kutipan ahli-ahli DAM.

“Kita juga sudah mendapatkan bantuan Pejabat Daerah Miri selain meminta bantuan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membina akses ke kawasan perkuburan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Masyarakat Iban Bahagian Miri, Pemanca Wilson Siang Lim berharap masyarakat Dayak dan DAM dapat bekerjasama khususnya dalam mencari dana.

“Kita berharap isu ini dapat ditangani sebaik mungkin memandangkan inilah satu-satunya kubur yang disediakan kerajaan untuk komuniti Dayak.”

Sementara itu, Kerajaan pada Mei 2008 meluluskan tanah perkuburan yang terletak di Sungai Dalam dan memberi milik kepada DAM untuk menguruskan bagaimanapun selepas setahun ia belum dapat digunakan sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan komuniti Iban.

Source: Sarawak Update