Menara Panggau Dayak

MENARA PANGGAU DAYAK — satu ikon kebangsaan Sarawak!

Selain daripada memainkan peranan yang penting dalam memacu industri masyarakat Dayak iya juga akan menyelaras dan mengawal selia hal-hal berkaitan adat dan budaya kita.

Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Panggau Dayak ini adalah program pembangunan bersama oleh Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) dan Dewan Komersial dan Industri Dayak (DCCI).

MENARA DAYAK CULTURAL FOUNDATION mempunyai kemudahan seni baharu untuk para penari dan penghibur kebudayaan serta ruang galeri yang luas untuk pameran selain ruang pejabat tambahan bagi membolehkan DCF meneruskan peranannya dalam mempromosi dan memelihara warisan budaya Dayak. 

MENARA DAYAK CHAMBER — Peranan DCCI sebagai dewan perniagaan kepada masyarakat Dayak akan dipertingkatkan dengan penyediaan ruang pejabat untuk ahli perniagaan Dayak yang memulakan perniagaan di negeri ini. 

Panggau Dayak juga mempunyai keunikan ukiran tersendiri yang berasaskan tema Dayak selain ditanam pokok-pokok asli seperti pokok ‘engkabang’ ‘berlian’ bagi melengkapkan kawasan sekitar dan selaras tema ‘hijau local tree’. 

Location: https://goo.gl/maps/D9mUZyb4h3Pr2Kyd6 

Leave a Reply