Dalang plot jatuhkan Mawan semakin jelas

Serangan lisan penyokong cerminkan kesungguhan Entri jatuhkan presiden

KUCHING: Serangan lisan bertubi-tubi terhadap Pre-siden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan oleh penyokong setia Naib Presidennya Datuk Sylvester Entri Muran mencermin-kan kesungguhannya untuk menjatuhkan Mawan.

Ketua Pemuda SPDP Piasau James Joshua berkata, serangan berterusan itu semakin mengesahkan syakwasangka bahawa Entri dalang plot menjatuhkan presiden apabila tidak dikekalkan sebagai setiausaha agung.

Katanya, memandangkan beliau begitu terdesak untuk menjadi Raja SPDP, beliau perlu menunggu Mesyuarat Agung Tritahunan (TGA) dan bukannya bergantung kepada dokumen tidak relevan (perjanjian status quo).

“Meneruskan serangan lisan untuk presiden dengan bersembunyi di sebalik akar umbi hanya menunjukkan bagaimana sempit politik (Entri) dan prinsip demokrasi.

“Apa yang lebih buruk, mereka (pengikut setia) malah mengancam untuk melawan BN dalam Pilihan Raya Umum akan datang semata-mata kerana mereka tidak berpuas hati dengan presiden,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar mengenai 47 tuai rumah dan ahli majlis daripada Marudi pada Ahad lepas yang melahirkan rasa tidak senang dengan lawatan Mawan ke Kampung Ulu Teru di Tinjar Baram bagi menyampaikan sokongan kepada penyandang kerusi Parlimen Barisan Nasionalnya Datuk Jacob Dungau Sagan.

Joshua turut bingung dengan tuntutan penyokong setia Entri bahawa beliau (Entri) menang dengan margin yang besar dalam pilihan raya ne-geri lepas kerana Entri begitu popular.

“Majoriti pengundi di Marudi menyokong BN dan oleh itu Entri menang dalam pemilihan negeri 16 April lepas.

“Beliau yang bercakap besar seoalah-olah mengatakan beliau boleh menang tanpa tiket BN.

“Jadi mengapa tidak mereka bertanya kepada Entri kesayangan mereka itu untuk berdiri di atas tiket Bebas dalam pilihan raya akan datang?,” katanya.

Mawan selama ini berusaha untuk melindungi Entri daripada disingkir daripada parti sejak mendapati bahawa Entri adalah dalang rancangan untuk menggulingkan beliau kira-kira dua tahun lalu.

Tetapi Entri nampaknya tidak menghargai jasa Mawan kerana dia memilih untuk keras kepala dengan sering kali mengungkit bahawa Mawan memungkiri janji untuk mengekalkannya sebagai setiausaha agung.

Tanpa mendedahkan pelan induk Entri, Mawan sebalik-nya menaikkan pangkat Entri kepada naib presiden dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Januari lepas.

Marah dengan promosi ‘terlalu cepat’, Entri meng-adakan mogok dan turut disertai empat wakil rakyat yang lain.

James turut mengingatkan penyokong setia Entri agar mempertimbangkan perasa-an orang lain di kawasan itu kerana ‘Marudi bukan milik raja mereka, Entri’.

One thought on “Dalang plot jatuhkan Mawan semakin jelas”

  1. Ah! endang gaya kitai bansa enda oleh segulai sejalai, disabong orang belaya belama, YB Enteri what else you want? enough is enough, go and work together, do not politicise small case like that and this too much, you are living very confortably now, rindu amai Taib meda kita belaya baka nya. I lost respect on you you behaved unprofessionally leboh Mawan Datai ngagai menoa nuan, very stupid move. You lost your credibility, I wud say NO WAY to you YB Enterie!!!

Leave a Reply