Subscribe to feed

Jalan Oil Well No.1 leading to the Grand Old Lady and Science Museum

Jalan Oil Well No.1 got itself a fresh paint this week. But it is short of proper side walk and street lightings. Despite being highlighted years back and last year (to Andy Chia). Hopefully Majlis Bandaraya Miri can enlighten us on what are the big problem with construction of a side walk and installation of street lightings. The road is used to patronage the Science Museum and the Grand Old Lady, anyway. Any comment, YB Datuk Peter Chin Fah Kui and Dato Seb Ting? — with Keith Chin and Lawrence Kong.

Responses from City Council and our leaders in Miri

From Majlis Bandaraya Miri : Noted on it Mr. James Joshua. will report to relevant section for attention. tq and good morning.

From Dato Sebastian Ting: Morning James. Thank you for your info..I agree that a foot path and proper lighting should be provided, as per your suggestion.. I will inform and discuss with the relevant authorities.. Rgds and have a great day… Seb.

We will keep our readers informed of the progress on this request made via the social media channels.

After two rounds of talks, the PKR-DAP-PAS opposition pact has yet to reach a consensus on the allocation of the parliamentary seats each of the parties will contest in Sarawak in the next general election, according to party insiders.

They attribute the problem mainly to disagreement between DAP and PKR on the number of seats each of the parties want to contest as there are “overlapping” claims on some seats.

PAS has no overlapping claims on seats with the DAP, but the Islamic party has such claims with PKR on a few seats, they said.

Sarawak DAP Chairman Wong Ho Leng, when contacted, played down the failure to reach consensus, saying there would be more negotiations before the final decision was made.

“No consensus, but it is not problematic. There are a few overlapping (claims on) seats. Sarawak PKR said they will leave it to the ‘pusat’ (party’s central leadership) to negotiate with us,” he said.

Sarawak PKR chief Baru Bian, when contacted, expressed confidence that the seat allocation could be resolved before the general election as the negotiations between PKR and DAP were easier now as compared to the talks on seat allocation for the Sarawak state election held in April this year.

He declined to comment, however, on whether the matter would be referred to the party’s national leadership for a solution.

The DAP and PKR had initially failed to reach a consensus on the number of seats to contest in the run-up to the state election. The matter was only resolved after the PKR national leadership allowed its state leadership to negotiate directly with the DAP state leadership.

Even then, they could not avoid multi-cornered fights which saw the involvement also of the opposition Sarawak National Party (SNAP).

It is learnt that the DAP and PKR are eyeing between 12 and 15 seats each out of the 31 parliamentary seats in Sarawak.

PAS is expected to contest two or three seats in the predominantly Malay areas. — BERNAMA

I come from Kalaka and as BN calon will command support from BN supporters and may even able to steal some opposition supporters cos they are the same people who supported BN in the past but frustrated due to be ignore totally.

I have the experiences to get things done to help people – used to supervise the region of banking operations working through people of varied disciplines and professions. Most of my contemporaries are currently in high places both at State and Federal level so I really can have good connections to do work for the people.

I m now sitting in UNIMAS Council through my connection with people at high places, as member of Board of Directors of Institute Management Sarawak, Secretary General of Malaysian Tuna and Deep Sea Fishing representing Malaysia in International forum from time to time and the recent one was at California USA.

Businessman for my own survival without having to depend on my salary as YB if I m chosen as candidate and win as YB.

Having my MBA and used to be a lecuturer so no problem in public speaking.

All I want is to bring economic development to Saratok Parliamentary constituency – Kabong/Nyabor/Gerigat area, Roban yp to Saratok area and the whole of Krian state cosntituency. (North, South, Easy, and West).

All the people in Saratok now want is to thicken their wallet, i.e. to put more money in their respective pocket only then they cherished what we called fruit of independence. Other Govt developments no need to ask let the opposition bark for them. We should stop harping on land issues, who to be Penghulu, thinking of shooting Pehin Taib and Jabu, no need. I look beyond the shore of Sarawak to help fellow Saratokian.

If I can upon betsow as YB I will expose as many as possible Saratokian to outside world, visit other countries to learn new ways of doing things. Cheers for now.

The text above was extracted from Facebook group – Saratok Update.

Gambar hiasan dari Robert Rizal Abdullah

MIRI, 23 September – Usaha kerajaan membawa pulang rangka 21 ‘Bujang Berani’ atau pahlawan Iban dan Sarawak Ranger yang terkorban sewaktu menentang pengganas komunis sekitar 1948 hingga 1963 dipuji, namun perlu ada usaha untuk membantu mereka yang masih hidup.

Presiden Persatuan Dayak Miri (DAM), Ellison Ludan Muyan berkata, kebajikan bekas Ranger Sarawak yang masih hidup juga perlu diambil kira di atas jasa serta sumbangan yang mereka berikan dulu.

Saya terpanggil membuat kenyataan ini kerana baru-baru ini bekas Sarawak Ranger, Ranger Lima anak Agong datang berjumpa saya untuk minta tolong mengisi borang bantuan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mana permohonan itu ditolak,” katanya hari ini.

Menurut Ludan, beliau difahamkan bahawa Lima hanya menerima bantuan sebanyak RM75 sebulan sebagai bekas Sarawak Ranger yang sebelum ini hampir terbunuh mempertahankan negara daripada serangan pengganas Komunis.

“Selain Lima, ayah saya iaitu Tuai Rumah Muyan turut mendapat nasib yang sama. Saya pasti kerajaan dapat melakukan sesuatu yang lebih baik untuk pahlawan Iban dan Sarawak Ranger yang membantu Semenanjung Malaysia bebas dari Komunis.

“Lagipun, tidak ramai mereka yang masih hidup hari ini. Beritahu saya, apa yang anda dapat lakukan dengan duit RM75 sebulan, ini tidak memadai dengan pengorbanan yang mereka lakukan,” tegasnya.

Ujar Ludan, kerajaan juga perlu mengambil kira untuk menjemput mereka semasa sambutan Hari Pahlawan yang disambut setiap tahun sebagai tanda penghargaan di atas jasa mereka.

“Walaupun mereka sudah tua, namun sekurang-kurangnya mereka dijemput dan ini pastinya menggembirakan mereka,” kata Ludan.

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Apakah yang bergolak dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), parti politik tertua di Sarawak yang kini melalui satu tempoh yang penuh dengan persoalan?

Bagaimanakah masa depan parti ini yang dijadual mengadakan Perhimpunan Agung tiga tahun sekalinya selama dua hari di Kuching pada 24 dan 25 Sept ini?

Ramai penganalisis politik sudah pun membenamkan masa depan SNAP di persada landskap politik Sarawak kerana mereka percaya parti itu tidak akan mampu bangkit kembali kepada kegemilangannya seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini.

“Pada asasnya parti ini sudah habis. Ia berada di penghujung jalan.

Berhadapan isu penjenamaan dengan dana menjadi masalah paling besar.

“Sebelum ini urusan berkenaan dibiayai oleh pemimpin tertinggi yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Tetapi kepimpinan sekarang berdepan kekangan kewangan untuk menjayakan maksud tersebut,” demikian menurut seorang penganalisis politik, James Chin kepada Bernama.

Berasal dari Sarawak, Chin yang menjadi pensyarah di Universiti Monash cawangan Sunway, menyatakan sebelum pilihan raya negeri Sarawak yang lalu, masih ada harapan bagi SNAP untuk pulih dengan mendapat sokongan peringkat tertentu tetapi keputusan pilihan raya itu telah membuktikan sebaliknya.

“Keputusan pilihan raya itu pada asasnya menunjukkan parti itu tidak lagi relevan,” katanya.

Berdasarkan keputusan pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, daripada sejumlah 672,667 (68.66 peratus) pengundi berdaftar yang keluar mengundi pada 16 April, SNAP yang bertanding di 26 kerusi hanya memperoleh keseluruhannya 15,663 (2.33 peratus) undi.

Parti itu gagal memenangi sebarang kerusi manakala kebanyakan calonnya telah hilang wang pertaruhan mereka.

Seorang lagi penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir berkata walaupun parti itu berjaya membalikkan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan pendaftarannya, tindakan sedemikian telah banyak memberi kesan ke atas SNAP.

SNAP, yang ditubuhkan pada 10 April 1961 telah dibatalkan pendaftarannya oleh ROS pada 2002. Parti itu menang dalam rayuannya tahun lepas apabila Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan pendaftar pertubuhan itu.

“Lapan tahun bergelut di mahkamah terus melemahkan parti itu. Akibat pendaftarannya dibatalkan, mereka hilang sokongan di peringkat akar umbi. Perjuangan selama lapan tahun ini adalah tempoh yang panjang dan ini engakibatkan parti ini sukar pulih semula. Inilah sebab mereka kalah teruk dalam pilihanraya negeri,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkongsi pandangan bahawa masa depan parti itu dalam politik Sarawak sudah tidak ada kerana ia telah kehilangan tarikan mendapat sokongan terutama sekali di kalangan masyarakat Iban yang lebih banyak menyokong parti berasaskan dayak yang lain.

“Tidak nampak langsung cahaya di hujung terowong. SNAP tidak punya masa depan lagi dalam politik Sarawak. Masalahnya kepimpinan parti ini masih lagi bermain politik cara lama dengan strategi lapuk di tengah-tengah suasana politik yang berubah. Mereka tidak lagi dapat menarik sokongan orang ramai,” katanya.

Bukan itu sahaja sesetengah anggota parti itu sudah merungut tidak mengetahui langsung tentang petanda hala tuju parti itu sekarang yang sokongan terhadapnya begitu merosot sekali selepas pilihan raya negeri yang lepas.

Sesetengahnya malah bertanya sama ada parti itu yang diasaskan oleh Ketua Menteri pertama mendiang Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, masih lagi relevan dalam suasana politik hari ini.

Mereka mendakwa tidak seorang pun tahu sama ada parti itu mahu kekal sebagai pembangkang atau menjadi parti yang mesra dengan Barisan Nasional.

Setiausaha Agung SNAP, Edmund Stanley Jugol mengakui parti itu hanya akan tahu hala tuju masa depannya selepas Perhimpunan Agungnya hujung minggu ini, sama ada kekal sebagai pembangkang atau bersahabat dengan BN kerana barisan
jawatankuasa barunya akan memutuskan perkara tersebut.

“Kita tidak boleh membuat sebarang keputusan sebelum Perhimpunan Agung itu kerana masih banyak perkara belum selesai. Tambahan pula ia bergantung pada jawatankuasa baru sementelah presiden sekarang (Edwin Dundang Bugak) pula berkata beliau mahukan golongan muda mengambil alih,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Bagaimanapun Edmund Stanley mengesahkan satu pilihan yang pada SNAP adalah meninjau sama ada untuk berbaik dengan BN walaupun hanya di peringkat persekutuan atau kekal pada kedudukan kini sehingga tamatnya tempoh ketua menteri sekarang.

Seorang penganalisis politik di Institut Kajian Asia Timur UNIMAS, Dr Awang Azman Awang Pawi bagaimanapun percaya SNAP tidak mungkin diterima ke dalam BN kerana persepsi bahawa parti itu sudah lemah.

“Apa yang diperlukan SNAP sekarang adalah seorang calon yang berwibawa, berkarisma dan dihormati oleh pihak pembangkang. Mereka juga perlu dilihat sebagai rakan politik yang baik tidak hanya di peringkat pemimpin tetapi juga di kalangan semua calon,” kata beliau.

Katanya, BN Sarawak hanya mahukan sebuah parti yang boleh bersaing, pemimpinnya dihormati dan stabil yang pada masa sekarang parti itu tidak banyak memiliki pemimpin sedemikian.

Ramai penganalisis politik percaya pilihan terbaik bagi SNAP buat masa kini adalah melakukan transformasi terhadap kepimpinannya, menyusun semula semua cawangan parti, menghidupkan kembali sayap pemuda dan wanitanya.

Bagaimana belum pun semua ini dapat dilakukan, parti itu sudah berdepan dengan masalah baru menjelang berlangsungnya perhimpunan agung parti minggu ini.

Sudah ada dakwaan berlakunya politik wang dalam pemilihan jawatan presiden dengan laporan seorang anggota kanan parti berkata adanya calon tertentu menyogok sehingga RM3,400 bagi setiap perwakilan mengandungi tiket kapal terbang, bilik hotel, duit saku dan jamuan makan malam.

Setakat ini dua calon akan bertanding bagi jawatan presiden selepas penamaan calon ditutup pada 17 Sept lepas. — BERNAMA

Page 8 of 158« First...678910...203040...Last »