
PERINGKAT AWAL
Penghujung Januari 2007 – Linda diberitahu oleh Rostam (Pengurus Program Era) tentang pemilihan Linda untuk ke Los Angeles.
Setelah disahkan melalui perbualan telefon bersama Nini (Star Movies),Linda kemudian berhubung dengan Shamel (pegawai Star Movies) untuk perkara-perkara yang lebih lanjut.
Linda diberitahu yang mereka (Star Movies) akan mencari pakaian jenama antarabangsa untuk Linda bagi acara besar ini.
Surat permohonan pinjaman/tajaan baju daripada BCBG diberikan kepada Linda (bertarikh 9 Februari 2007 seperti dilampirkan).
Demi untuk memenuhi kehendak STAR MOVIES, Linda pergi ke Butik BCBG (KLCC) dan mencuba pakaian mereka. Setelah dipilih pakaian yang sesuai dengan imej Linda, Linda diberitahu oleh pembantu pelanggan BCBG bahawa pakaian itu model lama dan tidak dicadangkan untuk ditaja. Hanya pakaian model baru yang boleh ditaja. namun pakaian model baru tidak sesuai dengan imej Linda dan Linda mengambil keputusan menggunakan khidmat Jovian (yang mana Linda mengupahnya untuk pakaian Linda bagi acara Anugerah Bintang Popular).
Setelah diberitahu kepada Shamel,dia setuju dan meminta lakaran pakaian tersebut ditunjukkan terlebih dahulu kepada pihaknya. Peluang ini digunakan Linda untuk mereka fesyen pakaian yang sesuai dengan imej Linda dan menampilkan ciri Melayu dan ketimuran.
Setelah siap lakaran dan dalam pada masa yang sama pakaian tersebut dalam proses disiapkan, dengan bangganya Linda memberitahu bahawa pakaian Linda adalah gabungan kebaya (yang menampakkan ciri-ciri wanita timur) dan gaun labuh (sedikit sentuhan barat) .
Kira-kira 2 minggu sebelum tarikh dijangka berlepas ke LA (22hb Feb), Linda diberi surat sokongan oleh pihak STAR Movies untuk permohonan VISA US. 16 Februari 2007, Linda menghadiri temuduga permohonan VISA bersama kakak (Intan) dan ianya diluluskan. Pihak kedutaan meminta kami kembali untuk mendapatkan VISA pada 21 Februari 2007. Pihak STAR Movies maklum akan proses permohonan dan kelulusan visa ini.
Kronologi peristiwa (‘kehilangan’ Linda)
20 Feb 07
Sidang akhbar bersama media, mengenai pengumuman Linda dan Dominic ke Los Angeles untuk acara ‘Live From The Red Carpet-79th Academy Awards’ anjuran Star Movies di Star Hill,KL. Nini dan Shamel bersama beberapa staf Star Movies yang lain turut hadir.
‘Sketch’ atau lakaran baju yang dilukis oleh Jovian ditunjukkan kepada Shamel dan Shamel kemudiannya menunjukkan kepada Nini sebelum sidang akhbar bermula. Menurut Shamel,Nini setuju dengan lakaran yang diberi dan Shamel juga turut memuji lakaran pakaian tersebut.
Di sidang akhbar yang sama,nama Jovian sebagai pereka Indonesia untuk baju Linda dinyatakan dihadapan Nini dan berbelas wartawan yang lain.
Keadaan masih berjalan lancar.






