Category Archives: Entertainment

YAB Najib to experience his first Gawai Dayak in Ulu Paku

YAB Najib Razak will be experiencing his first Gawai Dayak in an Iban longhouse on 3rd 11th July at Rh. Wilson ak Bakir in Penom, Ulu Paku.

The national level Gawai celebration will also feature top Iban artist lead by Rickie Andrewson, Urai, Diana Nini, Claudia Geres, Eddie Kuwing, Emil Hamlyn, Winnie Albert, Lydia Mike, Jerry Kamit and Lucy M.

The event will expect a large crowd and the Penom will be seeing a truly rainforest concert.

Selamat Datai and Selamat Gawai Dayak!

Sinopsis: Saloi the Movie

Kisah mengenai sebuah keluarga di satu kampung yang sering menjadi bahan bualan, ejekan & hinaan orang-orang kampung.

Apai Saloi (ayah) adalah seorang yang sangat pemalas, selalu tidur, lurus bendul, lembap serta pendek akal fikiran. Lain yang dicakap atau disuruh lain juga yang dibuatnya. Pendek kata selalu ‘wrong information!’ Oleh sebab itulah, orang–orang di kampung mereka suka membuli dan kenakan Apai saloi. Terutamanya, Ensering. Tetapi, yang bagusnya … selalu tidak mengena pada Apai saloi. Sebaliknya Ensering sendiri yang akan terkena !

Enchelegit (ibu) adalah isteri kesayangan Apai saloi. Dia merupakan wanita pujaan seluruh lelaki di kampung mereka ketika mudanya, kerana kecantikan serta kebijaksanaannya. Tetapi, yang hairannya, Apai saloi juga yang menjadi pilihan hatinya sebagai suami. Membuatkan ramai lelaki gigit jari. Enchelegit mempunyai otak yang cukup pintar iaitu banyak muslihat dan suka menipu orang lebih-lebih lagi Ensering! Kerana dia tahu Ensering selalu hendak kenakan suaminya yang tambap melebap itu. Ada-ada saja helahnya untuk menipu orang. Sebab itulah dia digelar Enchelegit dara pembelit!

Pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak lelaki bernama Saloi. Saloi lah buah hati mereka berdua. Walaupun bapanya bodoh, lembap dan lurus bendul tetapi berbeza dengan Saloi. Dia sangat bijak seperti ibunya, baik hati dan selalu menurut kata seperti ayahnya. Saloi bukan seorang yang pemalas malah rajin membuat kerja sehingga disukai oleh majikannya (Tauke Joe).

Ceritanya bermula apabila Saloi jatuh cinta dengan adik majikannya (Sintia) yang ketika itu baru putus cinta dengan Manggan. Manggan yang juga samseng di kampung itu rasa tidak puas hati serta cemburu melihat kemesraan hubungan Saloi dan Sintia. Bersama dengan kawan baiknya yang juga samseng, Jali, mereka berhasrat untuk kenakan Saloi. Di samping itu, Manggan masih cuba berusaha untuk memikat semula hati Sintia. Sebenarnya, Sintia juga menyukai saloi dalam diam.

Suatu hari rancangan Manggan dan Jali berjaya untuk kenakan Saloi. Saloi dihalau  keluar dari ladang oleh Tauke Joe. Dan dihina tidak setaraf serta layak untuk berkawan dengan Sintia yang berasal dari keluarga berada dalam kampung mereka. Sejak itu, Saloi berazam untuk membuktikan dirinya bukanlah seperti yang disangka oleh orang-orang kampung. Dia ingin berjaya sekaligus memadamkan segala pandang rendah orang-orang kampung terhadap keluarga mereka.

Keputusan Saloi untuk berhijrah ke bandar (Sibu) untuk mencari pekerjaan dan berjaya mendapat sokongan sepenuhnya dari Apai Saloi dan Enchelegit.

Pada hari dia hendak turun ke bandar, Saloi hampir dilanggar oleh sebuah kereta. Pertemuan yang tidak disengajakan itu akhirnya menjadi sebuah persahabatan baik antara mereka bertiga. Di bandar, nasib Saloi tidak kurang seperti ayahnya juga. Selalu ditimpa malang dan masalah. Namun, dia tidak pernah berputus asa.

Bos tempatnya bekerja tiba-tiba jatuh bankrupt dan mereka hilang pekerjaan. Bersama dengan Jeki (kawan baiknya) mereka mencari pekerjaan lain di bandar Sibu, bagi menampung kehidupan di bandar. Pelbagai pekerjaan yang mereka lakukan, namun masih juga tak berjaya. Sentiasa ada saja dugaan yang melanda. Bukan saja dugaan di tempat kerja, malah ada juga orang yang tidak menyukai Saloi dan sentiasa menunggu masa untuk membalas dendam.

Begitu juga di kampung mereka, Apai Saloi sering diperbodohkan oleh Ensering. Tetapi, Enchelegit lebih pintar dan tahu taktik Ensering yang ingin kenakan suaminya. Sebelum Apai Saloi terkena, lebih baik dia bertindak dulu dengan menipu Ensering. Dan muslihatnya itu memang selalu berjaya!

Satu hari, Saloi dan Jeki berjaya mendapat kerja di sebuah tempat cuci kereta (car wash) yang hampir-hampir nak tutup. Tiada pelanggan. Kawasan yang buruk. Dengan semangat baru, mereka bersama-sama berusaha memajukan semula car wash tersebut sehingga maju dan mendapat ramai pelanggan.

Tiga bulan kemudian, akhirnya Saloi menjadi orang berjaya dan memiliki car wash nya sendiri. Namun, dia masih seperti dulu, tidak sombong dan lupa pada asal usulnya.

Idea dan skrip asal: MONITA JEFF
Producer: ALLEN TINGGIE TRADING S/B
Tahun: 2009

Special invitation goes to all jamesjg.com readers,
You are invited to attend the official premiere and launching of the 1st DAYAK IBAN Featured Film for Cinema Presentation – SALOI THE MOVIE and to dine with SALOI stars at BINTULU STAR CINEPLEX and Medan Pelita Bintulu on 1st May 2010. Tickets are on sale now – RM50 per pax (includes cinema show & dinner). For enquiry, please call or sms to +6012-8870642 and +6012-8908115 or +6010-7925444.

Official website: http://www.saloithemovie.com
Email: saloimovie@yahoo.com