Category Archives: Charity Work

Persatuan Media Sosial Sarawak rai anak yatim

Sumbangan kepada Anak Yatim…Awang Tengah menyampaikan sumbangan tersebut kepada salah seorang penerima. Turut kelihatan Resat dan Wan Abdillah. Foto PENERANGAN

LAWAS, 17 Ogos – Persatuan Media Sosial Sarawak meraikan anak-anak yatim dengan memberi sumbangan kepada mereka sempena Program Kembara Merdeka Ramadan Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak di Lawas baru-baru ini.

Presidennya, Haji Wan Abdillah Edruce berkata sumbangan tersebut bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim bersempena bulan ramadan ini.

“Harapan kita sumbangan ini dapat memberi kegembiraan dan membantu anak-anak yatim.Apatah lagi di bulan ramadan dan kemerdekaan ini. Semoga anak-anak yatim ini nanti lebih bermotivasi dan berjaya dalam pelajaran” ujar beliau

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai majlis penyerahan sumbangan tersebut yang disempurnakan oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II merangkap Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan di Lawas baru-baru ini.

Turut sama hadir dalam majlis tersebut, Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Resat Salleh dan ketua-ketua jabatan.