Prebiu: Video seks Anwar Ibrahim

Klip video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin utama parti pembangkang telah dimuat naik ke laman web Youtube petang Isnin.

Klip berdurasi selama 1:47 saat itu memaparkan tiga individu iaitu dua lelaki bersama seorang wanita dipercayai pelacur sebelum salah seorang lelaki terbabit keluar meninggalkan pasangan berkenaan.

Beberapa blog anti pembangkang turut memaparkan klip video yang diambil dari Youtube.

Bagaimanapun, klip berkenaan hanyalah sebahagian daripada rakaman sebenar yang berdurasi hampir setengah jam.

Berdasarkan rakaman asal video itu tertera tarikh 21 Februari dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam.

Individu yang keluar meninggalkan lelaki dan pelacur itu di dalam bilik berkenaan dikatakan ahli perniagaan, Datuk Syazril Eskay Abdullah.

Leave a Reply