Ucapan dasar Ketua Pemuda SPDP pada Perhimpunan Agung Tahunan 2011

Oleh Kr. Robert Ayu
26.02.2011

Pengenalan

Dengan izin Tuhan, bagi julung kalinya dalam sejarah Perhimpunan Agung Tahunan SPDP, Pergerakan Pemuda dan Wanita diberi peluang dan pada petang yang berbahagia ini kita dapat berkumpul bersama dan bersidang di Dewan yang penuh bersejarah ini.

Tujuan

Tujuan persidangan kita adalah antara lain untuk melihat kembali dan menilai serta membahas bukan sahaja pencapaian kita dan parti kita dalam satu tahun yang lepas bahkan hala tuju dan garis panduan perjuangan seterusnya. Kita perlu membahas serta mencari atau mencadang kaedah-kaedah penyelesaian isu-isu semasa yang kita tempohi.

Pencapaian

Tahap pencapaian Pemuda perlu diukur dengan beberapa petunjuk prestasi. Antara petunjuk prestasi politik yang menjadi kayu ukur kepada pencapaian atau keberkesanan kita adalah dari segi jumlah ahli dan juga sokongan pengundi muda terhadap SPDP dan penglibatan dan atau sumbangan Pemuda dalam activiti-aktiviti kemasyarakatan dan pentadbiran.

Keahlian

Sukacita saya maklumkan bahawa ahli berdaftar SPDP setakat ini adalah seramai lebih 100,000 orang. Dari jumlah ini ahli Pemuda  adalah seramai 19,630 orang. Tidak ada apa yang dapat di banggakan dengan jumlah ini. Malah ianya membimbangkan kerana pengambilan ahli muda yang baru kebelakangan ini adalah pada kadar menurun. Pendaftaran atau pengambilan ahli baru pada satu ketika hampir tiada. Terdapat beberapa faktur yang menyebabkan pendaftaran ahli baru menjadi lembab. Pertama masalah kelewatan kelulusan menjadi ahli dan pengeluaran kad ahli. Pemohon terpaksa menunggu lama bukannya hanya berbulan-bulan malah ada yang bertahun-tahun. Apabila kelulusan dan pengeluaran kad lambat, pemohon ini akan mudah dipelawa masuk parti lain. Kalau masuk parti komponan BN lain tak apa, tetapi kalau masuk parti pembangkang yang boleh buat kad segera, padah akibatnya.

Kedua, sikap sambil lewa atau tak kisah ahli parti sendiri. Ada sesetengah Bahagian yang hanya umpama melepas batuk di tangga dengan pengambilan bilangan yang begitu kecil sekali. Dalam politik, angka (numbers) adalah penting. PM selalu menekankan betapa pentingnya jumlah yang besar dalam politik. Dengan jumlah yang besar kita mudah membuat apa-apa keputusan. Ketiga sikap sesetengah pihak yang merasa terancam dengan kedatangan bakat bakat baru ini. Apabila ada pemohon yang mempunyai kelayakan pendidikan atau yang berbakat memohon menjadi ahli, pihak yang merasa kedudukan mereka dalam parti terancam, akan mengetepikan permohonan mereka ini. Jadi borang permohonan bakat-bakat baru yang dianggap sebagai ancaman ini tidak sampai pun di meja pemperosesan. Baru isi borang sudah kena sabotaj. Keempat, tidak dapat dinafikan peristiwa-peristiwa malang yang berlaku di dalam dan di luar parti juga memberi kesan kepada pengambilan ahli baru. Contohnya, salah faham antara ahli atau pemimpin kita. Ada ketikanya kita berasa hala tuju parti tidak menentu. Dengan keadaan yang agak tidak menentu telah memberi kesan besar kepada pengambilan ahli baru. Banyak lagi faktur-faktur lain yang menyumbang kepada kelembapan pengambilan ahli baru seperti tiadanya sifat atau daya kepimpinan pada ketua-ketua di peringkat bahagian atau cawangan, propaganda pihak pembangkang yang menggunakan taktik-taktik kotor melalui media massa IT yang menggambar seolah-olah parti-parti komponan BN ini tidak membawa apa-apa kebaikan atau pembangunan.

Namun demikian, Pemuda tidak boleh mempunyai sikap tak kisah dan berpeluk tubuh dengan apa yang kita ada. Jangan kita seperti kata orang, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Cukuplah dengan jumlah yang ada. Saya harap Pemuda di setiap cawangan dan bahagian akan dapat mempertingkatkan lagi usaha pendaftaran ahli-ahli baru dan seterusnya mendaftar mereka sebagai pengundi. Ini adalah sejajar dengan seruan Datuk Sri President dalam ucapan beliau di SPDP Unity Dinner di Sibu baru baru ini yang menyeru supaya kita jadikan tahun 2011 tahun untuk menambah keahlian parti kita.

Sebagai sebuah parti yang bersifat multiracial, kita sememangnya memerlukan penglibatan dari anak-anak muda di peringkat akar umbi tidak kira latar belakang kaumnya, pegangan agamanya dan kedudukannya dalam masyarakat. Gagasan 1 Malaysia hendaklah didukung sebagai aspirasi bersama oleh semua ahli Pemuda.

Kebangkitan kaum muda dalam arena politik tanah air begitu ketara pada PU 2008. Pemuda boleh mengubah corak politik tanah air. Kita mesti menerima hakikat bahawa pengundi muda sekarang boleh menilai dan membeda antara retorik dan servis, usaha yang jujur dan ngomong kosong. Kita mesti menjemput dan mempelawa mereka untuk menyertai aktiviti-aktivti yang kita anjurkan dan mendaftar mereka sebagai ahli parti dan juga sebagai pemilih. Partisipasi kaum muda dalam akitiviti-aktiviti yang kita anjur ini harus dihargai dan diambil kira.

Dalam dunia globalisasi yang tiada batasannya ini, dengan adanya media massa electronic yang terdapat dengan mudahnya di setiap sudut bangunan dan gedung, penyebaran maklumat melalui media social seperti Facebook, Blogs dan Twitter sudah menjadi alternatif pilihan kepada media massa tradisi. Justeru, usaha untuk mendampingi mereka juga mesti melalui pendekatan media massa IT ini. Tanggungjawab utama menarik sokongan muda terletak atas bahu saudara pemuda sekalian.

Kepimpinan inklusif

Pemuda merasa gembira dengan kepimpinan Presiden parti dan juga DS Penasihat Pergerakan Pemuda yang bersifat inklusif, yang membuka ruang bagi mendengar pandangan golongan muda. Mereka memberi galakan supaya kaum muda melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh parti malah mencadangkan supaya Pemuda mengadakan aktiviti aktiviti pemuda di setiap bahagian kerusi yang diduduki SPDP. Kepimpinan sebegini menyedia tapak pembelajaran dan latihan untuk remaja atau kaum muda dan  membuka ruang untuk mereka memberi sumbangan dan penglibatan dalam mencorakkan masa depan Negara. Through this approach the Youths will be exposed at an early stage and know their sense of responsibility towards the government and the people. This will be a starting point for the Youth to prepare themselves as future leaders to continue the country’s and state’s thrust in achieving greater hights. Walau bagaimanapun, sifat keterbukaan kepimpinan Presiden dan DS Penasihat masih belum dipraktik oleh semua pemimpin parti kita. Masih ada dua tiga orang yang sangsi dan ragu-ragu dan takut untuk membuka ruang penglibatan yang lebih luas lagi untuk orang muda. Malah gerak geri pemuda diperhati dengan penuh kecuriga’an. Pemuda adalah harapan dan bukan ancaman. Pemuda adalah benteng pertahanan pertama dan bukannya pasukan simpanan yang hanya duduk untuk memanaskan bangku simpanan sahaja.

Aktiviti-aktiviti sepanjang 2010

Sidang hadirin yang saya hormati sekelian, saya ingin melapurkan kepada mesyuarat ini bahawa Pergerakan Pemuda, sepanjang tahun 2010 telah mengadakan atau terlibat dalam beberapa program kemasyarakatan dan aktiviti-aktiviti social lain yang patut disebut dan diberi penghargaan. Ingin saya nyatakan antara lain di peringkat bahagian atau cawangan, 1Malaysia Musical Fund raising Dinner  yang dianjurkan di Bintulu oleh Pemuda cawangan Bukit Orang, Pesta Pakan di Pakan oleh Pemuda bahagian Pakan, State Wide Blood donation campaign di hospital-hospital Limbang, Miri, Bintulu dan Kuching oleh Exco Pemuda dan bahagian-bahagian berkenaan, bantuan membaiki pam air di SK St Thomas oleh Pemuda Batu Lintang, membantu mangsa kebakaran di Rh Liket, Ulu Pedenum, Pakan, oleh Pemuda Batu Lintang.

Di peringkat Negeri atau Nasional, Program Rally 1Malaysia di Bukit Jalil, Lab Pemuda BN di Kuala Lumpur, Blood Donation campaign by State BN, Seminar Pemuda BN Sarawak di Damai Puri Resort, Santubong dan yang terkini Malam Perpaduan di Pakan anjuran bersama Exco Pemuda dan Wanita dan banyak lagi program-program lain.

Pilihanraya Negeri

Saya juga ingin menyentuh tentang PN Sarawak yang akan diadakan bila-bila masa dan kita berhadapan dengan parti pembangkang yang banyak membangkitkan isu-isu yang kita tidak boleh anggap remeh temeh. Kesemua kerusi yang SPDP tandingi pada PN adalah terletak di luar bandar iaitu Tasik Biru, Meluan, Pakan, Krian, Marudi, Bekenu, Batu Danau dan Ba’ Kelalan. Maka isu-isu yang dibangkit oleh calon lawan pun adalah isu-isu tempatan atau berkaitan dengan kehidupan dan masa hadapan pengundi di kerusi-kerusi berkenaan.

Isu utama yang tidak pernah kering daripada gusi pihak pembangkang ialah berkenaan dengan masalah NCR. Bermacam-macam tohmah mereka leparkan. Mereka asyik menuduh kerajaan rampas tanah NCR rakyat. Mereka mengapi-apikan rakyat dan menganggap diri mereka hero rakyat kerana kes-kes tuntutan NCR yang difailkan di Mahakamah. Mereka lupa kitapun ada kes tuntutan NCR yang diwakili oleh peguam-peguam dalam parti kita. Tapi kita tidak macam ayam bertelur sebiji riuh sekampung.

Kesungguhan kerajaan dalam mengatasi masalah ini telah terbukti dengan bermulanya kerja menyukat atau perimeter survey untuk mengenal pasti garis sempadan antara tanah Kerajaan Negeri dan NCR. Ini nanti akan diikuti dengan penyukatan tanah-tanah NCR individu dan pemberian geran tanah  kepada setiap tuan tanah-tanah NCR ini. Terdapat lebih dari 1.5 juta hektar tanah NCR yang perlu di sukat. Proses ini yang dimulakan tahun lepas akan diteruskan tahun ini dan Kerajaan Pusat telah menambah peruntukan untuk tujuan ini. Proses perimeter survey ini dijangka akan selesai menjelang 2015 nanti. Memang tidak dapat dinafikan banyak lagi masalah lain yang berkaitan dengan NCR seperti masalah salah faham antara pihak-pihak yang terlibat dalam satu-satu kontrak pembangunan tanah NCR secara usaha sama. Masalah ini sudah tentu dapat dielak jika pihak-pihak terlibat berpegangg teguh kepada  terma-terma yang dipersetujui dalam kontrak mereka. Telus atau transparent dalam setiap tindakan yang dibuat. Masalah lain seperti pencerobohan kompani balak atau kelapa sawit dalam kawasan-kawasan NCR. Masalah ini juga dapat dielakkan jika syarikat-syarikat yang terlibat mengikut  syarat-syarat dalam lisen-lisen yang diberi. Pesalah yang melanggar mana-mana syarat harus dikenakan tindakan undang-undang yang berat seperti pembatalan lisen dan didenda berlipat kali ganda.

Isu kedua yang  masih hangat di heboh-hebohkan ialah isu agama iaitu penggunaan nama “Allah”. Isu agama di kawasan pendalaman yang kebanyakan penduduknya beragama Kristian adalah terlalu sensitive. Tujuan pembangkang hanyalah untuk menakut-nakutkan rakyat. Penggunaan nama “Allah” oleh penganut agama Kristian di Sarawak tidak seharusnya timbul. Pembangkang memutar belitkan isu ini untuk kepentingan politik mereka.

Yang ketiga, isu kurangnya pembangunan di luar bandar atau untuk membuatnya lebih baik didengar rakyat, mereka kata tidak ada langsung pembangunan. Walaupun sudah ada jalanraya, paip air bersih, lampu elektrik dan kemudahan asas yang lain, mereka meng “tidak” adakan. Pembangkang ini hanya tahu komplen sahaja. Tidak ada yang baik bagi mereka. Semuanya tidak baik. Sebut saja sesuatu pembangunan, yang keluar dari mulutnya ialah mengkritik. Mereka ini langsung tidak berterima kasih dengan apa yang ada. Apa yang terbukti ialah hanya kerajaan sekarang yang mengambil berat tentang masalah rakyat dan Kerajaan sekarang yang dapat membawa pembangunan. Untuk pengkritik-pengkritik ini kita hanya perlu tanya mereka, satu soalan mudah iaitu, apakah sumbangan mereka kepada pembangunan rakyat selama ini?.

Namun demikian kita tidak boleh leka dengan pembangunan yang ada. Setiap kemudahan yang ada haruslah ditambah atau dinaik tarafkan atau diperbaiki supaya lebih baik atau efesyen untuk mengurangkan beban rakyat.

Dari segi Pendidikan, baru-baru ini pembangkang membangkitkan isu tentang penggunaan syllabus baru buku Sejarah Tingkatan 4 dan 5 yang mereka tuduh sebagai salur propaganda Kerajaan untuk mengislamkan murid-murid kerana ahli-ahli sejarah yang menulis buku-buku ini adalah kebetulan beragama Islam. Malah ada yang menuduhnya sebagai bersifat perkauman kerana menitik beratkan satu-satu kaum sahaja.  Tambahan matapelajaran sejarah ini diwajibkan pula untuk lulus. Antara lain tujuan Kementerian Pelajaran untuk menitik beratkan mata pelajaran sejarah ini ialah supaya murid-murid lebih terdedah kepada sejarah tanah air sendiri yang ditulis oleh ahli sejarah tempatan dari perspektif tempatan. Pendedahan pendekatan baru ini akan secara langsungnya memupuk semangat cinta kepada Negara kita sendiri. Kita tidak mahu lagi mengagung-agungkan sejarah penjajah. Dalam pada itu (untuk membukti bahawa tidak ada motif lain dalam pengenalan syallabus baru Sejarah ini) baru-baru ini Kementerian Pelajaran telah memberi assurance bahawa sekolah-sekolah dibenarkan untuk menubuh kelab-kelab termasuk yang berunsur agama. Pendidikan Pengetahuan Injil or Bible Knowledge sekarang dibenarkan di sekolah walaupun diadakan selepas waktu sekolah. Ini menunjukkan tiada sesuatu agama atau kaum itu walau sekecil manapun dimarginalizedkan. Masalah kekurangan guru terlatih di sekolah-sekolah di negeri Sabah dan Sarawak begitu terasa. Untuk mengatasi masalah ini Kementerian Pelajaran disaran untuk mengambil dan melatih para graduan yang banyak menganggur untuk mengisi kekosongan jawatan guru-guru di negeri Sarawak. Masalah kekurangan guru terlatih ini juga boleh dikurangan dengan melanjutkan perkhidmatan guru sandaran yang ditamatkan perkhidmatan mereka. Begitu juga dengan guru-guru berpengalaman yang sudah bersara supaya mereka diambil balik untuk menyambung khidmat mereka secara kontrak sehingga adanya guru-guru baru mengganti mereka. Banyak lagi isu-isu tempatan yang harus Pemuda tangani dengan sebaik-baiknya mengikut tempat dan keadaan masing-masing.

Cadangan-cadangan

Sekarang saya ingin menyentuh sedikit mengenai beberapa cadangan yang Pemuda rasa boleh mengurangkan atau meringankan masalah yang kita hadapi di kawasan-kawasan pendalaman.

Masalah kad pengenalan dan surat kelahiran. Masalah ini merupakan masalah yang ketara di pendalaman. Terdapat ramai penduduk pendalaman yang secara lahiriahnya rakyat Malaysia tetapi tidak mempunyai kad pengenalan disebabkan masalah geografi atau bentuk muka bumi maka ibu bapa mereka tidak dapat atau lambat mendaftar kelahiran mereka. Untuk mengatasi masalah ini Pemuda mencadangkan supaya diadakan kaunter-kaunter bergerak atau mobile. Kaunter-kaunter ini hendaklah memberitahu rakyat terlebih dahulu bila mereka akan ke sesuatu tempat dan berapa lama mereka akan tinggal di sesuatu tempat tersebut. Orang yang menjadi sasaran ini juga harus dimaklumkan terlebih dahulu apa bukti-bukti atau saksi-saksi atau dokumen-dokumen yang perlu dibawa ke kaunter-kaunter ini. Selain itu Pemuda mencadangkan supaya borang-borang permohonan pendaftaran kelahiran ini dipermudahkan, kerana borang yang ada sekarang mempunyai permintaan yang terlalu stringent. Contohnya si pemohon kena sertai gambar keluarga atau adik beradik dalam borang ini. Surat pengesahan bidan dan tua kampung juga harus disertakan dsb. Untuk saudara Penan kita yang masih berpindah rendah mereka tidak ada bidan dalam hutan. Apa lagi kamera. Cadangan ketiga, penggunaan surat sumpah sebagai dokumen sokongan permohonan di mana fakta-fakta berkenaan dengan kelahiran seseorang individu itu boleh dibuktikan melalui Surat Sumpah ini. JPN Sabah sudah lama menggunakan surat sumpah ini dalam pemperosesan surat daftar kelahiran dan kad pengenalan di negeri Sabah.

Kedua, masalah di kaunter-kaunter perkhidmatan. Tidak dapat dinafikan kebanyakan kaunter-kaunter perkhidmatan banyak berubah setelah pengenalan konsep 1Malaysia oleh PM. Beliau menekankan supaya rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Malangnya masih ada kaunter perkhidmatan yang masih tidak berubah juga. Sikap suka menolak masalah kepada orang lain. Kadang-kadang untuk mendapat pegawai yang bertanggungjawap tentang sesuatu permintaan atau masalah itu kena  tunggu beberapa puluh minit malah berjam kerana pegawai yang ada tidak mahu membuat tugas pegawai lain. Kita biasa dengar di kaunter-kaunter, “oh dia belum lagi masuk”, atau pun “tunggu sebentar”, atau “esok kamu datang balik”.

Contoh ketidak keberkesanan lain adalah penghantaran sesuatu dokumen dari satu seksyen ke suatu seksyen lain mengambil beberapa hari walaupun dalam bangunan dan tingkat yang sama. Kebanyakan rungutan tentang perkhidmatan ini adalah berkenaan dengan late delivery, inaction, unsatisfactory quality of service, unfair action or lack of enforcement. Mengikut kajian yang dibuat oleh Human Resource Development & Quality Unit of Chief Ministers Department dan Malaysia Productivity Corporation baru-baru ini Kerajaan Pusat kehilangan hampir RM10 billion kerana lack of efficiency and improper ways of doing work in the civil service. Oleh itu Pemuda mencadangkan supaya setiap kaunter perkhidmatan juga diadakan KPI mereka supaya setiap masalah yang dirujuk kepada kaunter perkhidmatan ini diselesaikan dalam satu tempoh yang tetap dan singkat supaya  orang-orang yang datang dari jauh tidak perlu menunggu lama.

Yang ketiga peluang yang tidak seimbang atau tidak diberi peluang untuk ambil bahagian dalam sesuatu bidang contohnya perniagaan, perlantikan ke sesuatu jawatan atau posisi atau kenaikan pangkat. Tidak dapat dinafikan bahawa ada diantara kita yang sudah berjaya dalam bidang perniagaan dan kita sama-sama turut berbangga dengan kejayaan tersebut. Peluang itu mungkin ada tetapi yang menjadi masalah ialah ianya tidak diberi kepada orang lain. Pemuda mencadangkan agar peluang dalam bidang perniagaan atau ekonomi diberi sama rata kepada yang ada kebolehan. Dari segi perlantikan atau kenaikan pangkat, terdapat di antara kita yang layak dan patut dilantik ke sesuatu jawatan tetapi mereka diketepikan. Memanglah jawatan yang ada terhad tetapi tidak bolehkah kita bergilir-gilir memegangnya jika kita layak dan mampu. Ada antara kita yang pegang 2 atau 3 atau lebih jawatan pada satu-satu masa. Ada yang kalau boleh mahu pegang sesuatu jawatan sampai selamanya. Dengan itu Pemuda mencadangkan supaya suatu jawatan kuasa dibentuk khas untuk menapis dan mencalon seseorang itu untuk sesuatu jawatan dan jawatankuasa ini juga mencatat rekod berapa jawatan yang dipegang oleh seseorang itu serta prestasi pemegang jawatan tersebut. Begitu juga dengan penganugerahan pingat baik di peringkat Negeri atau Persekutuan. Sekarang ini tidak jelas siapa yang bertanggungjawap terhadap pencalonan penganugerahan pingat-pingat ini. Berkaitan dengan perlantikkan ini juga, Pemuda ingin mencadangkan supaya di masa hadapan calun-calun SPDP dalam apa juga pilihanraya baik DUN atau MP hendak dipilih daripada ahli-ahli parti SPDP sendiri dan bukannya daripada luar parti. Bukannya kita kekurangan ahli yang layak atau berkeliber malah ramai antara kita yang berkebolehan dan layak tetapi mereka diketepikan.

Seterusnya, perlaksanaan projek-projek yang diluluskan di pendalaman. Terdapat beberapa buah projek besar diluluskan dan dilaksanakan di bahagian pendalaman. Yang menjadi persoalan kenapa kontraktor yang mendapat kerja ini bukan kontraktor tempatan tetapi kontraktor dari luar Negeri? Kalau ia pun sub kontraktor kedua biarlah orang situ. Ini kontraktur ketiga dan keempat pun dari luar. Jadi Pemuda mencadangkan supaya projek-projek luar bandar di kawasan kita di beri keutamaan kepada kontraktor tempatan atau sekurang-kurangnya orang tempatan diberi peluang untuk melibatkan diri.

Berkaitan dengan ini juga, ialah masalah implimentasi pembangunan atau projek-projek di luar bandar. Dalam setiap pembangunan di luar bandar baik ianya melibat projek-projek kecil apatah lagi projek-projek besar seperti usaha sama tanaman kelapa sawit atau pembinaan empangan yang melibat tanah-tanah NCR, penduduk tempatan hendak dibawa bersama atau terlibat dalam setiap keputusan yang dibuat. Kepentingan rakyat yang terlibat hendaklah diambil kira dan diberi keutamaan dan mereka jangan sekali-kali dilayan seperti orang asing di tempat mereka sendiri. Punca utama kenapa sesuatu perlaksanaan projek atau pembangunan mendapat tentangan daripada penduduk kawasan tersebut adalah kerana suara mereka didengari atau mereka tidak dibawa bersama dalam perlaksanaan projek atau pembangunan tersebut.

Sebagai rumusannya, I urge or rather the Pemuda urge the government and our leadership in particular to give the pemuda a bigger role and say in its decision making by engaging the pemuda to play active roles in government agencies and non governmental organizations (NGOs). Active Youths’ involvement in various programmes is vital for the nation to achieve high-income status.The future of the country depends on the future of our Youths.

Penutupan

Untuk mengakhiri ucapan saya, Saya bagi pihak Pemuda sekali lagi mengalu-alukan kedatangan para perwakilan dan pemerhati sayap Pemuda dan Wanita ke persidangan bersama kita yang julung kali ini. Selamat bersidang.  Sekian Terima Kasih.

Leave a Reply