Sarawak Report and Radio Free Sarawak exposed by owners themselves

Just after a few months of operation, the owners of Sarawak Report and Radio Free Sarawak exposed themselves. Well.. among our local bloggers’ network, we knew that voice all the way. The billion dollar question now is.. why did the couple exposed themselves?

The article below was extracted from RAJAHMAS’ blog
URL: http://rajahmas.blogspot.com/2011/02/dalang-di-sebalik-sarawak-report.html

Clare Rewcastle Brown (standing) and Peter John Jaban.

Rupa-rupanya inilah dalang si sebalik Sarawak Report dan Radio Free Sarawak yang menghuru-harakan kemakmuran di negeri Sarawak. Pemilik laman tersebut adalah seorang wanita rakyat British yang dilahirkan di Sarawak, bergiat aktif sebagai penulis tetap menyerang peribadi kepimpinan BN khususnya Pehin Sri Taib Mahmud.

Clare Rewcastle Brown, 51, bertanggungjawab menyebarkan berita palsu melalui SarawakReport secara sembunyi dan mendedahkan kononnya harta Ketua Menteri Sarawak lebih banyak daripada lelaki terkaya dunia – Sultan Brunei. Peliknya, melalui laporan Malaysiakini status orang terkaya Malaysia dalam senarai 20 tidak melibatkan Taib Mahmud malah mana-mana kerabat beliau.

Maka tidak hairanlah kenapa SarawakReport mempunyai begitu banyak versi cerita kekayaan, korupsi yang berlaku sedangkan hakikatnya mereka tidak ada bukti kukuh untuk dijadikan bukti atas penulisan mereka. Begitu juga dengan pembohongan yang merosakkan nama baik ahli keluarga Taib Mahmud seperti dinyatakan dalam artikel ini.

Satu yang rakyat perlu fikirkan ialah di mana logiknya penyelewengan harta kerajaan yang hampir setiap hari melibatkan individu yang sama?

Wanita ini adalah keturunan penjajah di Sarawak. Perbuatan mencampuri urusan politik seperti ini adalah satu bentuk pencabulan yang boleh menyebabkan dirinya dijatuhkan hukuman mati di sesetengah negara lain. Apakah dengan jatuhnya kepimpinan BN, dia mengharapkan sesuatu daripada hasil usahanya?

Biarpun menggunakan alasan untuk mendedahkan korupsi dan penyelewengan Ketua Menteri, tetapi daripada apa yang kita lihat dengan kesungguhan beliau, Rewcastle Brown mungkin mempunyai agenda tersendiri untuk melihat perubahan suasana politik kembali seperti zaman penjajahan British dulu.

Inilah anasir daripada luar yang menghancurkan perpaduan dan kepimpinan tempatan di Sarawak. Sejarah telah membuktikan propaganda Inggerislah yang menyebabkan masyarakat Iban bertempur dan berperang sesama sendiri satu ketika dulu sehingga memudahkan Rajah Brooke merampas ‘territory’ mereka dan menjadi Raja Putih yang pertama sebagai pemerintah di negeri Sarawak…

Leave a Reply