Kerajaan Sarawak kembalikan tanah adat asal kepada rakyat

Tr. Patrick Libau daripada Sungai Tanggap, Sebuti, Bekenu.

BINTULU, Sabtu – Rakyat di Rumah Panjang Patrik Libau Sullai Batu Niah yang dahulu dikenali sebagai Rh Chang Sungai Tanggap boleh berasa lega apabila masalah tanah rakyatnya telah berjaya diselesaikan oleh pemimpin Barisan Nasional.

Tuai Rumah Patrik Libau, 50, ketika ditemui di Majlis Perhimpunan Agung Tahunan Ke-8 Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Dewan Suara Bintulu hari ini berkata, usaha pihak kerajaan negeri bersama Barisan Nasional amat dipuji kerana membantu rakyat dalam penyelesaian masalah tanah.

Katanya, masalah berkenaan telah berlaku pada tahun 1983 bahawa terdapat sebuah komponi telah mengusahakan tanah milik mereka bertujuan tanaman kelapa sawit dan sejak itu mereka telah berusaha memohon bantuan kerajaan untuk mengatasi masalah itu.

“Pemberitahuan oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ketika berucap di Majlis Perhimpunan Agung Tahunan Ke-8 Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tadi amat mengembirakan rakyat kawasan kami.

“Kami sangat berterima kasih kepada Pehin Sri yang banyak membantu hingga berjaya mengatasi masalah tanah berkenaan, juga terima kasih kepada wakil rakyat Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu Rosey Yunus dalam berusaha bersama pihak kerajaan mencari jalan untuk menangani masalah itu”, jelasnya.

TR. Patrik Libau, tanah yang diusahakan oleh pihak pemaju tersebut adalah hak milik kami yang sebenarnya kerana kami mempunyai bukti yang kukuh dengan adanya permit surat hak milik tanah (geran tanah) daripada DO zaman Koloni British yang bernama Dessy William pada tahun 1948.

Sekian lama kami mengharapkan tanah berkenaan dikembalikan akhirnya berjaya dengan penjelasan melalui pelbagai peringkat dan usaha, memang berpuashati kerana tanah itu sudah dapat diselesaikan, terika kasih kerajaan Barisan Nasional, tambahnya lagi.

Sehubungan dengan ini, beliau yang mewakili rakyatnya yang seramai hampir 600 penghuni yang hadir pada majlis perasmian itu mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada kerajaan negeri dan persekutuan telah peruntukkan projek bekalan elektrik dan air dalam proses kerja pada masa sekarang.

Hadir pada majlis perhimpunan ini ialah, Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi Taib, Presiden SPDP Datuk Seri William Mawan Ikom, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, dan Majlis Ahli Tertinggi SPDP Sarawak serta menteri-menteri kabinet Sarawak.

2 thoughts on “Kerajaan Sarawak kembalikan tanah adat asal kepada rakyat”

  1. haha…lawak sebelum pilihanraya ya pok..
    bagus la..ia dah nunjuk nya mula takut ngan rakyat..
    biar nya tau nya berhutang ngan org sarawak..
    biar nya sedar org sarawak kinek tok dah sik mo ngannya..
    keja ngumpul reta nya mpun jak.. puihhhh

Leave a Reply