RM10 million donated to MCA for what?

2009-08-20-SEPUPOK-02

Sarawak negeri paling kaya. Sekolah uzur dan reput menunggu roboh. Mana silapnya?

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Sepupok Niah yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Miri memohon kerajaan untuk menaiktaraf bangunan kayu sekolah itu kepada bangunan konkrit.

Yang DiPertuanya, Napi Madang berkata, bangunan yang dibina sejak tahun1980-an itu menempatkan bilik darjah dan bilik guru sudah terlalu uzur dan kebanyakkan struktur binaannya terutama dinding, lantai dan siling sudah reput dimakan anai-anai.

Beliau berkata, selain uzur bangunan sekolah kayu senget menyebabkan pintu kelas tidak dapat ditutup sebaliknya terpaksa menggunakan engsel.

“Kami merayu kepada kerajaan agar memberi peruntukan untuk menggantikan bangunan konkrit. Janganlah menunggu sekolah ini roboh dan meragut nyawa murid-murid barulah mengambil tindakan,” katanya ketika ditemui.

Menurut Napi, selain belajar dalam bilik kelas yang terlalu uzur, murid-murid Tahun Satu dan Dua terpaksa ditempatkan dibangunan lama asrama yang dibina sekitar tahun 1984.

“Masalahnya, bilik asrama ini sempit, uzur dan senget. Murid-murid tiada pilihan selain berhimpit-himpit dalam bilik kelas yang sudah buruk,” katanya sambil menambah sekolah itu menempatkan kira-kira 163 murid-murid yang tinggal di asrama dan harian.

Selain itu, stor tempat menyimpan peralatan sukan tidak ubah seperti reban ayam.

Menurut Napi, sekolah berkenaan pernah beberapa kali memohon peruntukan beberapa tahun lalu dan difahamkan sekolah itu pernah menerima peruntukan bagi menaiktaraf sekolah itu.

“Bagaimanapun, saya difahamkan peruntukan yang sepatutnya milik sekolah ini diberikan kepada sekolah lain di Iran, Batu Niah. Sejak itu kami sering memohon peruntukan baru namun sehingga kini belum ada maklum balas,” katanya.

Sounds like kes overtake la, just an example of what Datuk Salang said recently.

Beliau menambah, isu mengenai sekolah uzur ini pernah didedahkan melalui akhbar tempatan sehingga pegawai dari Pejabat Pelajaran Subis turun padang untuk melihat keadaan sebenar.

Selain itu, Napi turut memohon agar sekolah itu diberikan kemudahan bekalan air paip bagi memudahkan murid-murid dan kakitangan sekolah melakukan kerja harian seperti membasuh, mandi dan memasak.

Katanya, sekolah tersebut terpaksa menggunakan air kolam yang sering kali bertukar hijau dan kekuningan seperti teh tarik terutamanya semasa musim kemarau selain air hujan untuk diminum.

2009-08-20-SEPUPOK-03

Source: Sarawak Update

The Dewan Speaker need not travel 10 hours into the interior of Sarawak to see for him self what Sarawak needs. Not unless it was an estimation trip to see how much the government need to spend to relocate the Penans due to the construction of dams in Sarawak.

You pikir la sendiri~!

Leave a Reply