7th April is the date for Batang Ai by-election

Nomination will be on 29th March (Sunday)

P’raya kecil Batang Ai 7 April

Source: Malaysiakini
Mar 4, 09 12:16pm

Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, Sarawak akan diadakan serentak dengan dua lagi pilihanraya kecil di Perak dan Kedah pada 7 April ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh tersebut untuk kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

Dalam pengumuman Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching hari ini, tarikh penamaan calon juga ditetap bersama dengan dua pilihanraya kecil di Semenanjung itu, 29 Mac.

Pilihanraya kecil itu dipanggil berikutan kematian penyandangnya,  naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Dublin Unting pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahmar.

Leave a Reply